Friday, December 14, 2012 0 comments

Buatmu Sahabat

Sahabat,
Pernah suatu ketika,
Kita sentiasa bersama,
Kita ketawa bersama,
Kita menangis bersama,
Susah senang bersama-sama,
Saling menguat dan membantu saat kita lemah,
Sanggup menanggung kesusahan bersama-sama atas kesilapan individu.

Namun,

Ke manakah hilangnya talian ukhuwah itu?
Kenapakah perasaan kasih sayang itu semakin pudar?
Sehingga sanggup melukakan hati kecil seorang sahabat.
Sehingga sanggup membiarkan sahabat tertunggu-tunggu jawapan daripada kita,
Yang mungkin selama-lamanya enggan dijawapan.
Sehingga sanggup mendesak sahabat untuk merayu-rayu,
Supaya kita dapat bersua muka walaupun untuk seketika.
Sehingga sanggup menyerabutkan kepala sahabat memikirkan tentang kita.

Ego sangatkah kita?
Keras sangatkah hati kita?
Pentingkan diri sangatkah kita?
Sebegitu sekali kita ingin menjauhkan diri dari sahabat?
Sebegitu sekali kita ingin lari daripada sahabat?
Apa yang sebenarnya yang kita mahu dari perbuatan kita itu?

Ataupun,
Ukhuwah dan kasih sayang kita selama ini hanyalah retorik?
Gelak ketawa kita hanyalah suatu pertunjukan?
Air mata yang pernah mengalir dulu hanyalah lakonan semata-mata?

Ya Allah,
Teguhkan kembali tautan hati kami ini,
Agar kami dapat bersama-sama di jalan perjuangan ini,
Agar kami dapat bersama-sama melalui liku-liku ini,
Agar kami dapat bersama-sama ketika menuntut janji-Mu!

-Exus09-
Thursday, November 29, 2012 0 comments

Tarbiyah Bukan Segala-galanya...

Suatu pagi, ruangan 'chat' dijenguk oleh seorang teman. Teman seperjuangan yang kini berjauhan belajar di perantauan. Meluahkan sedikit yang terbuku dihatinya.
Teman    : Hari tanpa tarbiyah.. kosong ~
Sahabat  : Carilah tarbiyah! Jangan ditunggu-tunggu!
Teman    : Sukar.

Sahabat  : Kesukaran itu tarbiyah dari Allah. Kalau sukar mencari, ciptalah satu!
Teman    : Allah..
"Wahai orang mukmin, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, hendaklah kamu mencari wasilah atau jalan untuk sampai bertaqwa pada Tuhan dan hendaklah kamu berjuang pada jalannya,moga-moga kamu mendapat kemenangan ( di dunia dan di Akhirat)." ( Al Maidah:35)
Hidup dan tarbiyah sememangnya tidak boleh dipisahkan. Samada tarbiyah itu secara langsung daripada Allah, ataupun melalui perantaraan hamba-Nya. Samada berbentuk formal dalam majlis, program, kursus, ataupun  tidak formal melalui ujian, cabaran, dugaan, tekanan dan kesukaran yang dihadapi setiap hari.
Sememangnya manusia tidak boleh lari dari tarbiyah. 
Tarbiyah membentuk peribadi kita! 
Tarbiyah membentuk jati diri seorang Muslim! 
Tarbiyah membentuk ketabahan dan kesabaran! 
Tarbiyah membentuk kekuatan! 
Tarbiyah menjadikan sesorang itu meletakkan pergantungan kepada Rabb-nya! 
Jadilah mereka yang cinta kepada tarbiyah.  
Betul, tarbiyah bukan segala-galanya.
Tetapi segalanya-galanya bermula dengan tarbiyah!

Wednesday, November 14, 2012 0 comments

Keimanan Senantiasa Diuji

Keimanan senantiasa diuji.
Apabila tiba saat itu,
Adakah perbuatan mampu menzahirkan apa yang diyakini dalam hati selama ini?
Ataupun lafaz kata-kata keyakinan itu hanya retorik?
Tertipu dengan kata-kata sendiri dan keyakinan yang palsu.
Disaat itu,
Barulah disedari dimana keimanan kita.
Barulah disedari dimana hati kita terpaut,
Pada Ilahi dan akhirat yang dijanjikan-Nya?
Ataupun pada dunia dan segala isinya?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
[Al-Ankabut :2-3]

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
[At-Taubah :111]
"Dunia ditangan bukannya dihati"
Tuesday, March 06, 2012 0 comments

Akukah ini?


Monday, December 05, 2011 0 comments

Amalan sunnah Muharam..

Amalan sunnah Muharam..
Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.



‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya,

“Puasa apakah ini?”

Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.

” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.

Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”

Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.



Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)



Selamat Berpuasa!!

Wednesday, November 16, 2011 4 comments

Hujung Minggu Bersama Murabbi

Assalamu’alaikum kepada para pembaca benda alah ni. Maaf jika diri ini membuat kalian ternanti-nanti.(kalau ada la). Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hatiku dan memberi peluang untuk meneruskan perjuangan di jalan blogging ini  setelah hampir 2 BULAN beruzlah dari benda ini. Sepanjang 2 bulan ini, terlalu banyak peristiwa yang berlaku yang mungkin tak sempat ku kongsikan (sebab ada yang aku tak ingat dah).

Kali ini inginku kongsi 1Malaysia  1 pengalaman yang amat bermakna buat diriku. Hampir sebulan aku cuti tanpa suasana tarbiah kadang-kadang menyebabkan diriku hanyut. Mendapat peluang untuk bersama-sama seorang Murabbi pada hujung minggu lepas, tidak akan ku lepaskan. Perjalanan untuk ke sana memang mengujakan. On The Way nak pi sana dah hebat, apatah lagi pengisian kat sana. 

Dalam perjalanan...
Bertolak dari rumah usai solat Jumaat, aku singgah ke sekolah kesayanganku untuk menyelesaikan sedikit urusan yang penting. Setelah lebih 2 jam disana (sedikit la sangat), ku mula bertolak ke tempat destinasi. Berbekalkan sebiji motorsikal dan minyak 5 ringgit, ku mula merempit. Ini kali pertama aku merempit hingga ke Machang. Dan satu perkara lagi, aku TAK INGAT laluan ke tempat yang aku nak tuju. Tawakkal je la. Dalam perjalanan, banyak ragam manusia yang dapat aku perhatikan dan tak perlu aku ceritakan dalam ni. Dan dalam perjalanan, banyak gak lagu-lagu yang sempat ku khatam. Haish, apa nak jadi ni?. Ketika nak sampai je ke destinasi, aku berjumpa dengan senior ku yang ingin ke tempat yang sama. Alhamdulillah, boleh la aku follow dia. Hampir sejam aku merempit, akhirnya aku sampai!

Pengisian...
(Murabbi memberi pengisian dengan penuh kasih sayang)
Walaupun aku menanti-nanti saat ini, namun aku memilih untuk berada agak jauh dengan Murabbi (sebab aku tak bawa buku la). Kali ini kami bertalaqqi buku “Amal Jama’ie” dengan pengarang buku ni. Dialah Murabbi yang ku maksudkan(kenal tak?). Seorang Murabbi yang aku kagumi, walaupun usianya menghampiri 80 tahun, namun masih istiqomah dalam jalan ini. Jarak usianya amat jauh denganku, namun layanannya yang penuh dengan kasih sayang dan diselitkan dengan gurau senda menyebabkan aku merasa dekat dengannnya. Kadang-kadang ada juga rasa bimbang dia akan menyoal ku, tambah-tambah lagi tak bawa buku. Kupasan-kupasannya dikaitkan dengan situasi yang telah berlaku dan yang sedang berlaku. Setelah habis pengisian, aku mendapat pengajaran baru dari beliau sendiri, ketika hendak bersalaman dengannya (tapi tak nak habaq kat sini).

Pulang...
Mendapat khabar yang mengejutkan, tak ada yang nak bermalam di sini, walaupun pada asalnya dirancang untuk bermalam di sini. So? Apa lagi, merempit la aku sekali lagi. Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Agak cuak dah merempit malam-malam ni. Tapi kali ini aku tak keseorangan, Alhamdulillah. Bertemankan seorang sahabat seperjuangan, kami merempit bersama-sama!!!

    Antara rintangan yang dihadapi oleh mereka yang mengikut jalan ini ialah “kekerasan hati kerana lama tidak aktif”. Kekerasan hati yang diakibatkan oleh terlalu lamanya seseorang tidak aktif dalam berdakwah. Rintangan ini tidak muncul sekaligus, akan tetapi secara perlahan-lahan dan beransur-ansur sehingga hampir-hampir tidak dapat disedari oleh orang yang berjalan di atas jalan ini. Akibatnya kemahuannya di jalan ini beransur-ansur lemah, tidak berdaya untuk terus aktif dan berusaha dalam persoalan dakwah, dan pada akhirnya padam dan lenyap dari dirinya. Kehangatan Islam sudah tidak terasakan lagi, pengaruh dakwah sudah tidak masuk hati dan tidak berniat lagi untuk melibatkan diri dengan urusan dakwah serta melaksanakan tugas-tugas jihad pada jalan Allah.

Wa Allahu A’lam.  


Wednesday, August 31, 2011 0 comments

Video : Ulama' Politik, Untuk Dakwah atau Parti?







 
;