rujukan : Quranic Group 3
Islam berbeza dengan agama-agama lain yang terdapat di atas muka bumi ini. Agama-agama lain mendapat nama melalui orang yang mengasaskannya atau dari umat yang menubuhkan atau mengembangkannya. Namun, nama Islam itu menunjukkan sifat-sifat khusus yang terkandung di dalam makna perkataan Islam itu sendiri.
Definisi Islam
Bahasa - berasal dari perkataan ' salama' yang bererti selamat dan sejahtera
Istilah syara' - Tunduk, patuh dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah
Pengertian Ad-Din
- Suatu kepercayaan agama
- Satu ibadah
- Suatu kepatuhan dan ketaatan
- Pembalasan atau hari akhirat
- Cara hidup yang meliputi semua aspek kehidupan
Islam Sebagai Ad-Din
- Islam adalah ad-din (cara hidup) yang kamil dan syumul, meliputi segala aspek kehidupan,
bermula dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara.
"Islam adalah sistem hidup yang syumul, mencakupi seluruh fenomena kehidupan. Maka ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Material dan kebendaan atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Sepertimana ia aqidah yang sebenar dan ibadah yang sahih tanpa ada bezanya." - Hasan Al-Banna
Ciri-ciri Khusus Islam
1. Rabbaniyyah - Ketuhanan
- dari sudut matlamat dan tujuan (segala perbuatan adalah kerana Allah)
- dari sudut manhaj (berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah )
2. Syumuliyyah - Lengkap dan menyeluruh ( dari sekecil-kecil perkara hingga
sebesar-besar perkara)
3. 'Alamiyyah - Sesuai untuk semua orang dan tempat ( bukan hanya kepada bangsa
Arab atau Melayu sahaja)
4. Waqieyyah - Mengikut suasana dan tempat
5. Inqilabiyyah - Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah (Islam tidak boleh
dicampur-aduk dengan jahiliyyah)
6. Thabat & Murunnah - Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal dari segi
pelaksanaan.
Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah. Sesiapa yang mengambil selain Islam sebagai cara hidup mereka, maka mereka adalah orang yang rugi di dunia dan akhirat.
[Ali-Imran : 19]
rujukan : Quranic Group 3


1 comments:
InsyaAllah
Post a Comment