Friday, December 14, 2012 0 comments

Buatmu Sahabat

Sahabat,
Pernah suatu ketika,
Kita sentiasa bersama,
Kita ketawa bersama,
Kita menangis bersama,
Susah senang bersama-sama,
Saling menguat dan membantu saat kita lemah,
Sanggup menanggung kesusahan bersama-sama atas kesilapan individu.

Namun,

Ke manakah hilangnya talian ukhuwah itu?
Kenapakah perasaan kasih sayang itu semakin pudar?
Sehingga sanggup melukakan hati kecil seorang sahabat.
Sehingga sanggup membiarkan sahabat tertunggu-tunggu jawapan daripada kita,
Yang mungkin selama-lamanya enggan dijawapan.
Sehingga sanggup mendesak sahabat untuk merayu-rayu,
Supaya kita dapat bersua muka walaupun untuk seketika.
Sehingga sanggup menyerabutkan kepala sahabat memikirkan tentang kita.

Ego sangatkah kita?
Keras sangatkah hati kita?
Pentingkan diri sangatkah kita?
Sebegitu sekali kita ingin menjauhkan diri dari sahabat?
Sebegitu sekali kita ingin lari daripada sahabat?
Apa yang sebenarnya yang kita mahu dari perbuatan kita itu?

Ataupun,
Ukhuwah dan kasih sayang kita selama ini hanyalah retorik?
Gelak ketawa kita hanyalah suatu pertunjukan?
Air mata yang pernah mengalir dulu hanyalah lakonan semata-mata?

Ya Allah,
Teguhkan kembali tautan hati kami ini,
Agar kami dapat bersama-sama di jalan perjuangan ini,
Agar kami dapat bersama-sama melalui liku-liku ini,
Agar kami dapat bersama-sama ketika menuntut janji-Mu!

-Exus09-
Thursday, November 29, 2012 0 comments

Tarbiyah Bukan Segala-galanya...

Suatu pagi, ruangan 'chat' dijenguk oleh seorang teman. Teman seperjuangan yang kini berjauhan belajar di perantauan. Meluahkan sedikit yang terbuku dihatinya.
Teman    : Hari tanpa tarbiyah.. kosong ~
Sahabat  : Carilah tarbiyah! Jangan ditunggu-tunggu!
Teman    : Sukar.

Sahabat  : Kesukaran itu tarbiyah dari Allah. Kalau sukar mencari, ciptalah satu!
Teman    : Allah..
"Wahai orang mukmin, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, hendaklah kamu mencari wasilah atau jalan untuk sampai bertaqwa pada Tuhan dan hendaklah kamu berjuang pada jalannya,moga-moga kamu mendapat kemenangan ( di dunia dan di Akhirat)." ( Al Maidah:35)
Hidup dan tarbiyah sememangnya tidak boleh dipisahkan. Samada tarbiyah itu secara langsung daripada Allah, ataupun melalui perantaraan hamba-Nya. Samada berbentuk formal dalam majlis, program, kursus, ataupun  tidak formal melalui ujian, cabaran, dugaan, tekanan dan kesukaran yang dihadapi setiap hari.
Sememangnya manusia tidak boleh lari dari tarbiyah. 
Tarbiyah membentuk peribadi kita! 
Tarbiyah membentuk jati diri seorang Muslim! 
Tarbiyah membentuk ketabahan dan kesabaran! 
Tarbiyah membentuk kekuatan! 
Tarbiyah menjadikan sesorang itu meletakkan pergantungan kepada Rabb-nya! 
Jadilah mereka yang cinta kepada tarbiyah.  
Betul, tarbiyah bukan segala-galanya.
Tetapi segalanya-galanya bermula dengan tarbiyah!

Wednesday, November 14, 2012 0 comments

Keimanan Senantiasa Diuji

Keimanan senantiasa diuji.
Apabila tiba saat itu,
Adakah perbuatan mampu menzahirkan apa yang diyakini dalam hati selama ini?
Ataupun lafaz kata-kata keyakinan itu hanya retorik?
Tertipu dengan kata-kata sendiri dan keyakinan yang palsu.
Disaat itu,
Barulah disedari dimana keimanan kita.
Barulah disedari dimana hati kita terpaut,
Pada Ilahi dan akhirat yang dijanjikan-Nya?
Ataupun pada dunia dan segala isinya?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
[Al-Ankabut :2-3]

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
[At-Taubah :111]
"Dunia ditangan bukannya dihati"
Tuesday, March 06, 2012 0 comments

Akukah ini?


 
;