Tuesday, April 26, 2011 2 comments

"Taman Itu"

        Hari ini ku menerima satu berita yang penuh "emosi". Walaupun sebelum ini ada ku dengar ura-ura akan datang saat ini. Namun tidak ku jangka ianya sepantas ini. Kehilangan antara benda yang terpenting dalam hidupku. Kehilangan yang bukan sahaja diriku yang merasainya, namun turut dirasai oleh sahabat yang lain.

         Kehilangan "taman itu". "Taman itu" tempatku dibentuk, dididik dan ditarbiyah. Di "taman itu" aku kenal erti hidupku. Di "taman itu" aku kenal erti sahabat, saudara dan ukhuwah. "Taman itu" penuh dengan nostalgia. "Taman itu" penuh dengan suka duka, gelak ketawa, gurau senda, penat lelah bersama.
         Agak terkilan, tak dapat bersama "taman itu" buat kali terakhir kerna terpaksa berjauhan untuk menyiapkan kerja yang diamanahkan. Ingin ku tinggalkan tempat ku berada sekarang untuk bersama mereka di "taman itu", namun tak kesampaian.
        Mungkin ini ujian kepada ku. Mungkin ini ujian kepada mereka. Mungkin ini ujian kami bersama. Ujian yang akan mematangkan kami.Ujian yang akan menguatkan kami. InsyaAllah.


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


Moga diberi kekuatan dan ketabahan kepada hati-hati ini....


Sunday, April 17, 2011 0 comments

... Kepimpinan ...


Satu realiti yang sentiasa wujud dalam kehidupan

Bermula dari sebesar-besar kepimpinan

Iaitu kepimpinan Allah terhadap alam

Hinggalah sekecil-kecil kepimpinan 

Iaitu kepimpinan terhadap diri



Apakah itu kepimpinan?

 Sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh,

Daya tindakan serta penghalang

Ke arah matlamat tertentu

Dengan cara yang boleh menjamin

Kepatuhan, Kepercayaan dan Penghormatan


 Kepimpinan dalam Islam

Bukan sahaja satu TASHRIF

Bukannya untuk dikenali, disegani, dihormati


 Akan tetapi ianya satu TAKLIF yang amat besar

Yang hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak

Dan memenuhi syarat-syarat kepimpinan 

Dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan tawakkal kepada Allah

 
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap dari kamu akan dipertanggungjawabkan ke atas apa yang kamu pimpin........"


Monday, April 11, 2011 0 comments

Rabitah


Ya Allah

Engkau mengetahui

Bahawa hati-hati ini

Telah berkumpul kerna mengasihi-Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu

Bersatu memikul beban dakwah-Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia

Untuk mendaulatkan dan menyokong syariat-Mu


Maka

Eratkanlah Ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Mu

Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu

Yang tidak akan malap

Lapangkan hati-hati ini dengan

Limpahan iman dan keyakinan

Dan keindahan tawakkal kepada-Mu

Suburkan hati-hati ini dengan makrifah tentang-Mu


Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai para syuhada'

Dalam perjuangan agama-Mu

Engkaulah sebaik-baik pelindung

Dan sebaik-baik penolong



p/s - doa yang banyak dihafal tetapi sedikit yang memahami dan menghayatinya...terutama kau, Atiq!
Monday, April 04, 2011 3 comments

Adakah ini.........



Telah lama aku hidup

sudah lebih 18 tahun

lebih 216 bulan

lebih 6570 hari

lebih 157680 jam

lebih 9460800 minit

lebih 567648000 saat

setiap saat yang aku hidup

banyak nikmat yang Allah kurniakan padaku

tak dapat ku hitung

benar apa yang dikatakan-NYA...


Kesihatan, Keselamatan, Kelapangan, Keselesaan, 

Kekuatan, Kesenangan, Kemewahan

Kehidupan sebagai Muslim



Namun kekadang aku terfikir...

adakah ini Nikmat kepadaku?

Yang dikurniakan kepadaku

Agarku mendekatkan diri kepada-Nya

Agarku mendirikan kembali agama-Nya 

Agar dapat ku membantu mereka yang tidak mendapat nikmat ini

Ataupun ini hanyalah ISTIDRAJ kepadaku!!

Yang diberikan ini

Agarku semakin jauh dari-Nya

Agarku lupa akan kembali kepada-Nya

Agarku berjalan angkuh di bumi-Nya ini


...Astaghfirullah...


 
;