Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts
Tuesday, June 14, 2011 0 comments

Tony Blair Baca Quran Setiap Hari


Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri Britain dan tinggal di Downing Street, Tony Blair dikenal sebagai seorang yang enggan berbicara tentang agama. Namun, sejak bersara pada tahun 2007, Blair menjadi lebih terbuka dalam soal agama dan mengakui kepentingan agama.

Beliau yang memeluk Katolik beberapa bulan sebelum meninggalkan kediaman rasmi Perdana Menteri, kini mengaku membaca al-Quran setiap hari. Menurut Blair, dengan membaca kitab suci Islam -yang diyakini orang Islam sebagai kata-kata yang benar daripada Tuhan (Allah SWT) - memastikan bahawa beliau sentiasa celik-agama.

Dalam sebuah wawancara dengan majalah Observer, yang disiarkan semalam, Blair berkata, "Menjadi celik-agama adalah sesuatu yang penting dalam dunia yang semakin global, itu yang saya yakini," katanya, seperti tersiar dalam DM.

"Saya baca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami beberapa hal yang terjadi di dunia, namun faktor utama kerana kitab itu (al-Quran) sangat instruktif."

Mantan pemimpin Parti Buruh itu yakin pengetahuannya tentang agama yang ada di dunia akan menguatkan peranan baharunya sebagai utusan Timur Tengah bagi PBB, Amerika Syarikat, Eropah, dan Rusia. Peranan Blair ini bertujuan mencari penyelesaian konflik antara Palestine dengan Israel.

Blair sebelum ini memuji Islam sebagai agama yang 'indah' dan menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah 'penguasa yang beradab'. Pada tahun 2006, beliau memuji al-Quran sebagai 'kitab reformasi', inklusif, meninggikan ilmu pengetahuan dan membenci tahyul. Kitab ini juga mengandungi petunjuk secara praktikal tentang menjalankan urusan perkahwinan dan pemerintahan.

Sebelum ini tersiar cerita tentang adik iparnya, Lauren Booth yang mengejutkan dunia dengan pengumumannya memeluk Islam setelah mengalami 'pengalaman spiritual' ketika melawat sebuah tempat suci di Iran. -VIVAnews


I read the Koran every day, says former prime minister Tony Blair who claims it keeps him 'faith-literate'

By Ian Drury


He was notoriously reluctant to discuss religion while Prime Minister, with his chief spin doctor Alastair Campbell famously commenting: ‘We don’t do God.’

But since leaving Downing Street in 2007, Tony Blair has become increasingly open about the importance of religion.

Mr Blair, who converted to Catholicism months after leaving Number 10, has now spoken of how he reads the Koran every day.

Reading the Islamic religion’s holy book - considered by Muslims to be the exact words of God - ensured he remained ‘faith-literate’, the former Labour leader said.

In an interview with the Observer magazine, published yesterday he said: ‘To be faith-literate is crucial in a globalised world, I believe.

‘I read the Qur’an [Koran] every day. Partly to understand some of the things happening in the world, but mainly just because it is immensely instructive.’

Mr Blair believes that a knowledge of the faith informs his current role as Middle East envoy for the Quartet of the United Nations, United States, European Union and Russia.

The former PM’s work, which has cost British taxpayers more than £2million, aims to help resolve the Israeli-Palestinian conflict.

Mr Blair has previously praised the Muslim faith as ‘beautiful’ and said the Prophet Mohammed had been ‘an enormously civilizing force’.

In 2006 he said the Koran was a ‘reforming book, it is inclusive. It extols science and knowledge and abhors superstition. It is practical and way ahead of its time in attitudes to marriage, women and governance’.

But Mr Blair has also faced the devastation wreaked by violent jihadists who interpret the Koran as a call to arms.

Mr Blair said reading the Islamic religion's holy book - considered by Muslims to be the exact words of God - ensured he remained 'faith-literate'

Mr Blair said reading the Islamic religion's holy book - considered by Muslims to be the exact words of God - ensured he remained 'faith-literate'

He was Prime Minister when the July 7 suicide bombers attacked London in 2005, murdering 52 innocent people.

Not only does reading the Koran support his peace envoy role, it also gives him something in common with sister-in-law Lauren Booth.

Journalist Miss Booth - Cherie Blair’s half sister - raised eyebrows after announcing last October that she had converted to Islam after what she described as a ‘holy experience’ during a visit to a shrine in Iran.

Mr Blair also used the Observer interview to dismiss claims he was on a Christian ‘crusade’ when taking Britain into the highly divisive war in Iraq.

His former constituency agent John Burton said two years ago that Mr Blair ‘believed strongly at the time, that intervention in Kosovo, Sierra Leone – Iraq too – was all part of the Christian battle; good should triumph over evil, making lives better.’

But the ex-Premier said: ‘People still ask me if military decisions in Iraq or Afghanistan were based on some kind of divine instruction. It’s rubbish.

‘Of course not. Just as I couldn’t go into a corner and pray to ask God what the minimum wage should be.’ -dailymail
p/s -Itu Tony Blair, PM Britain dan beragama Katholik.
        Bagaimana pula dengan kita yang mengaku sebagai pejuang agama Allah???

Sunday, May 29, 2011 2 comments

Sapa nak jawab ! Barbican Haram...???

 by - Muslimeen United


Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.
Sunday, May 22, 2011 0 comments

Tanah runtuh Hulu Langat: Tragedi ketika berlatih nasyid

by- Warga Marhaen



KUALA LUMPUR: Sepuluh penghuni rumah anak yatim maut dan tujuh lagi masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh membabitkan kediaman Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, dekat sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu membabitkan 25 penghuni pusat berkenaan dan sehingga jam 11.00 malam tadi, sembilan disahkan selamat.

Hujan lebat yang turun sejak jam 5.30 petang menyukarkan operasi mencari dan menyelamat untuk membawa keluar baki sembilan penghuni termasuk seorang kakitangan pusat itu yang belum ditemui dan dipercayai berada di bawah timbunan runtuhan tanah serta bangunan dewan serba guna.

Penduduk dan pasukan mencari dan menyelamat menemui mangsa pertama yang hidup jam 3 petang. Dalam tempoh sejam selepas itu, mereka menemui tiga lagi mangsa terselamat.

Mayat mangsa pertama ditemui jam 4.25 petang diikuti mangsa kedua jam 5.06 petang dan mayat ketiga jam 6.27 petang. Empat lagi mangsa hidup berjaya dikeluarkan termasuk yang ke sebelas pada jam 7.40 malam tadi.

Semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Hospital Kajang dan Hospital Ampang.

Dua daripada mangsa yang terbunuh adalah pasangan adik beradik Mohd Zaim Azahari, 14, dan Mohd Azed Azahari, 10,

Seramai 500 anggota penyelamat terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), St John Ambulans, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) meneruskan operasi dalam keadaan cuaca gelap dan hujan lebat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang turut berada di tempat kejadian mengakui gerakan mencari sukar disebabkan hujan lebat serta masih berlaku pergerakan tanah yang berkemungkinan menyebabkan kawasan itu runtuh sekali gus membahayakan anggota penyelamat.

Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan hampir 30 penghuni bersama guru berada di sebuah dewan serba guna berhampiran blok penginapan mereka untuk menjalani latihan penuh persembahan nasyid sempena satu majlis serahan bantuan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang dijadualkan jam 5 petang semalam.

Kediaman itu menempatkan tiga blok bangunan termasuk penginapan tiga tingkat, surau dan dewan serba guna yang dijadikan tempat kuliah serta dewan makan.

Akibat kejadian itu, sebahagian bangunan pertama blok hadapan musnah teruk dan runtuh di bahagian kanan manakala satu lagi bangunan tidak terjejas.

Beberapa penduduk di situ mendakwa mereka mendengar bunyi dentuman dan runtuhan sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menggunakan khidmat helikopter unit udara PDRM bagi membantu mengesan mangsa serta meninjau keseluruhan kawasan kejadian.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Habsah, berkata kawasan di sekitar Batu 14 itu dikelilingi bukit serta mempunyai banyak anak sungai yang menyebabkan mudah berlaku runtuhan atau pergerakan bawah tanah.

Katanya, kawasan kejadian terletak di antara Sungai Gahal dan Sungai Congkak yang dikatakan antara punca pergerakan tanah mendap secara perlahan sebelum runtuh petang semalam.

“Kawasan ini memang menjadi kawasan tadahan air bawah tanah. Jika hujan lebat lebih 30 minit, pasti akan berlaku banjir kilat kerana tanah di situ sudah banyak air,” katanya. -BH



Tiga faktor kejadian


KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, semalam, berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, iaitu aliran puing (debris flow).

Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata ini kerana kawasan berkenaan masih belum diteroka dan aliran puing hanya berlaku secara di kawasan sedemikian setiap 20 hingga 30 tahun sekali bergantung kepada cuaca semasa.

Katanya, kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai persamaan dengan tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan di Jalan Susur Genting Highlands pada 1995.

“Debris flow ini berpunca daripada tiga faktor alam sekitar iaitu keadaan cuaca, keadaan muka bumi dan geologi, di mana ia turut berkaitan dengan sumber air atas bukit.

“Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu, pokok serta tanah dan mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh,” katanya.

Menurut Ibrahim, kejadian ini adalah normal berlaku di kawasan berbukit tetapi tidak diberi perhatian serius kerana jarang membabitkan kawasan didiami penduduk.

“Di negara kita sendiri perkara ini selalu terjadi tetapi biasanya tidak diketahui kerana berlaku di tengah hutan seperti Banjaran Titiwangsa.

“Disebabkan ia jarang diberi perhatian, masalah ini tidak diambil berat oleh pihak berkaitan, termasuk orang ramai yang masih berani mendirikan rumah di lereng bukit,” katanya.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, kejadian berkenaan berbeza dengan kes tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 6 Disember 2008.

“Kejadian di Bukit Antarabangsa berpunca daripada kecuaian manusia yang rakus melakukan pembangunan tidak terkawal di kawasan bukit.

“Bagaimanapun, dalam kedua-dua situasi ini, kawasan berkenaan tetap mempunyai risiko untuk berlakunya tanah runtuh kerana terletak di kawasan bukit,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang, pihak berkaitan, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), memantau keselamatan kawasan berbukit yang didiami penduduk.

Katanya, ini kerana kejadian tanah runtuh hingga membabitkan kehilangan nyawa sering berlaku tetapi tindakan yang diambil selepas itu hanya sementara, lantas diabaikan.

“Kita lihat ini sebagai kelemahan kerana pemantauan dan pelbagai cadangan hanya dibuat bila kejadian berlaku, tetapi bila reda isu itu ia dilupakan,” katanya. -hm
Thursday, May 05, 2011 0 comments

10 Mitos Tentang Osama Bin Laden

 by - Muslimeen United


Osama bin Laden yang kematiannya disyukuri sekaligus diratapi orang-orang dari kelompok berbeda itu, menyerlahkan banyak cerita. Ada yang benar, ada yang dusta. Inilah daftar 10 mitos, dengan demikian cerita dusta, tentang lelaki dari Arab Saudi itu.

1. Osama bin Laden "bikinan" CIA. Ia maupun pengikutnya tidak pernah menerima dana langsung maupun pelatihan dari Amerika Syarikat selama dekad 1980-an. Penerima sejumlah besar kedua jenis sokongan Amerika itu adalah Mujahidin Afghanistan melalui badan intelijen Pakistan, ISI. Sejumlah orang keturunan Arab memang bertempur melawan pasukan Soviet tetapi jumlahnya tidak signifikan.

2. Ia punya kekayaan peribadi yang sangat besar. Bin Laden terpaksa meninggalkan wang tunainya ketika harus pergi dari Arab Saudi tahun 1991 ke Pakistan, kemudian Sudan. Keluarganya memotong aksesnya sama sekali. Dia juga tidak menerima warisan dari ayahnya yang sangat kaya, dan telah dibagi-bagi. Yang dimiliki Bin Laden adalah jaringan yang memungkinkannya menggalang dana dengan mudah.

3. Ia bertanggungjawab atas pengeboman Word Trade Centre tahun 1993. Ramzi Yousef, pelaku utama serangan itu, mungkin bekerja untuk Khaled Sheikh Mohammed yang merupakan operator bebas pada saat itu. Muhammad mulai bekerja dengan Al-Qaeda pada 1996, dan bahkan kemudian menjaga jarak dengan Bin Laden.

4. Ia mendapat wang dari perniagaan dadah. Tidak ada bukti sejauh ini meskipun ada klaim yang diulang-ulang, misalnya dalam berkas pemerintah Inggeris tentang pasca serangan 11 September dan Al-Qaeda.

5. Ia tidak pernah terlibat pertempuran berbahaya. Dia tidak sendirian ketika menyita senjata AK-47 dari seorang jenderal Soviet yang mati, sebagaimana kadang dia akui. Namun, banyak saksi melaporkan tentang keberadaannya di tengah-tengah pertempuran Jaji pada 1987, dan pertempuran Jalalabad pada 1989.

6. Ia lebih sering di gua. Pada akhir 1990-an, demi propaganda, Bin Laden mengundang jurnalis tertentu untuk menemuinya di goa dekat Tora Bora di Afghanistan timur. Namun sebetulnya, ia tinggal di sebuah kompleks yang jauh lebih nyaman, dekat kawasan pertanian di Hadda, bekas wilayah Uni Soviet, milik seorang panglima perang lokal.

Menjelang 1999, ia pindah ke sebuah kompleks perumahan dekat Kandahar. Sebelum terbunuh, dia hidup di rumah nyaman yang terpisah tetapi dekat kompleks itu di Abbottabad, Pakistan. Selama itu, tidak ada bukti ia tinggal di gua.

7. Ia remaja yang suka pesta di Beirut sebelum berubah jadi relijius. Tidak ada bukti soal itu sejauh ini. Bin Laden tampaknya pemuda yang tekun, pemalu dan saleh serta menikah muda dan banyak menghabiskan waktu untuk belajar kitab.

8. Dia nyaris sakit kuat kerana penyakit ginjal. Ada beberapa laporan -- termasuk dalam dokumen Guantanmo -- mengenai masalah ginjal tetapi tentu saja tidak cukup serius untuk mengorbankannya. Penyakit itu agaknya lebih kerana ada masalah dengan punggungnya akibat posturnya yang tinggi (6 feet 5 inchi = 1,9558 meter) dan gaya hidupnya.

9. Ia bersembunyi di Kashmir, sebagai pemimpin gerilayawan Chechnya, dan bertanggungjawab atas kekerasan di Filipina dan Indonesia, merancang serangan di Madrid, Spanyol, tahun 2004 dan memiliki jaringan luas di Paraguay, wilayah sub-sahara Afrika dan Afrika Selatan. Semua dakwaan itu dibuat oleh pemerintah sejumlah negara atau badan intelijen selama lebih dari satu dekad yang terbukti seluruhnya disusun tanpa dasar.

10. Bin Laden adalah penggemar kelab sepak bola Arsenal. Meskipun ada laporan fans Arsenal meneriakkan, "Osama, woah-woah, Osama, woah-woah, ia bersembunyi di Kabul, ia mencintai Arsenal", tetapi Bin Laden bukan penggemar setia kelab sepak bola dari London utara itu. -kompas
Saturday, March 26, 2011 0 comments

Bencana Akibatkan 74 Maut Di Myanmar, Seorang Di Thailand

by : Muslimeen United


Yangon: Sekurang-kurangnya 75 orang maut apabila satu gempa bumi kuat melanda Myanmar lewat kelmarin, kata para pegawai semalam, di tengah-tengah kebimbangan angka itu akan meningkat dengan berita yang mula datang dari kawasan terpencil.

Gegaran itu boleh dirasai sejauh Bangkok, hampir 800 kilometer dari pusat gempa itu, serta Hanoi di Vietnam dan beberapa tempat di China.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berukuran 6.8 pada skala Richter.

Seorang pegawai Myanmar berkata 74 orang mati dan 110 cedera di lima kawasan dekat pusat gempa itu. Sebanyak 225 rumah dan sembilan bangunan pemerintah runtuh dalam kejadian itu.

'Kami masih cuba hubungi kawasan-kawasan terpencil. Tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan sedang cuba mencari orang-orang cedera di kawasan- kawasan terjejas itu, tetapi jalan- jalan masih ditutup,' kata pegawai itu.

Di seberang sempadan, pihak berkuasa Thailand berkata seorang wanita berusia 52 tahun mati apabila sebuah tembok rumahnya roboh.

Di Yangon, pengarah Myanmar bagi badan kebajikan World Vision, Encik Chris Herink, berkata beberapa tempat terjejas di Kengtung dan Tachileik tetapi tidak nampak kerosakan besar prasarana, walaupun beberapa bangunan retak dan bekalan air terputus di beberapa tempat.

'Yang menjadi kebimbangan nyata ialah kawasan desa. Kawasan di sempadan Thailand dan Laos, atau Segitiga Emas, ialah kawasan berbukit-bukit. Ada banyak kegiatan niaga di situ,' kata Encik Herink.

World Vision membantu sara hidup sekitar 7,000 kanak-ka nak, yang ditaja oleh penderma dari luar negara, di tempat-tempat terjejas.

'Kami ingin memastikan mereka dan keluarga mereka selamat. Kami juga menawarkan bantuan kepada mereka dahulu, selain membantu orang lain di situ yang perlukan bantuan kemanusiaan,' tambahnya.

Gempa itu melanda 90 kilometer ke utara Chiang Rai dan 235 kilometer ke utara timur laut Chiang Mai.

Jabatan meteorologi Thailand berkata semalam ia telah merakam enam gegaran susulan kuat.

Penduduk di Chiang Rai lari dari rumah mereka lagi semalam apabila berlaku lagi gegaran susulan.

Gempa itu dirasakan di seluruh wilayah Yunnan di barat daya China namun tiada kematian atau kerosakan besar dilaporkan semalam, menurut China National Radio.

Ada penduduk di Hanoi juga lari dari rumah mereka apabila terasa gegaran. Namun penolong pengarah badan Institut Geofizik Global di ibu kota Vietnam itu tidak melaporkan sebarang kematian atau kerosakan.

Laos tidak melaporkan sebarang kematian atau kerosakan, kata jurucakapnya, Encik Khenthong Nuanthasing.

Tiada amaran tsunami berikutan gempa di Myanmar itu kerana menurut pakar seismologi Amerika, gempa itu jauh di pedalaman. -- AFP.










Monday, March 21, 2011 0 comments

Masyarakat Dunia Terpegun Dengan Ketabahan Jepun

 by - Muslimeen United


Ketabahan Jepun menghadapi tekanan tiga bencana besar sekaligus, yakni gempa bumi, tsunami, dan radiasi nuklear, memukau dunia. Reputasi antarabangsa Jepun sebagai negara kuat mendapat pujian meluas. Tak adanya jenayah rompakan sewaktu keadaan huru-hara menguatkan gambaran Jepun sebagai sebuah ”bangsa beradab”.

Kerajaan Jepun, terus memacu proses pemindahan dan pengagihan bantuan ke daerah bencana yang belum terjangkau sebelumnya. Seluruh kekuatan dan sumber dayanya dikerahkan maksimal ke Jepun timur laut, daerah yang terparah dilanda tsunami.

Evakuasi korban tsunami berjalan seiring dengan evakuasi ribuan warga yang terancam terpapar radiasi nuklear di Pembangkit Eelektrik Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi, utara Tokyo. Wilayah Fukushima juga termasuk salah satu daerah korban gempa dan tsunami yang terjadi pada minggu lalu.

Televisyen, media cetak, radio, dan lamanweb berita online di seluruh dunia telah menerbitkan bencana itu. Hal yang mengkagumkan dunia, seluruh kejadian serta momen dramatis dan mendebarkan dirakam televisyen Jepun detik demi detik, sejak awal gempa, datangnya tsunami, hingga air bah itu ”diam”.

Jepun lalu mengkabarkan drama amuk alam yang menyebabkan lebih dari 10,000 orang terkorban dan 10,000 orang yang lain hilang ke seluruh dunia. Meski sempat panik, Jepun dengan cepat bangkit, mengerahkan seluruh kekuatannya, mulai dari tentera, kapal, hingga pesawat terbang. Jumlah tentara dinaikkan dua kali lipat dari 51,000 personel menjadi 100,000 personel. Sebanyak 145 dari 170 rumah sakit di seluruh daerah bencana beroperasi penuh.

Sekalipun kelaparan dan krisis air bersih mendera jutaan orang di sepanjang ribuan kilometer pantai timur Pulau Honshu dan pulau lain di Jepun, para korban sabar dan tertib menanti pengagihan logistik. Hingga hari keempat pasca-bencana, tidak terdengar aksi rompakan dan tindakan tercela lainnya.

Associated Press melukiskan, warga Jepun tenang menghadapi persoalan yang ditimbulkan bencana. Sisi lain yang diajarkan masyarakat Jepun ialah sikap sabar meski mereka diliputi dukacita akibat kehilangan orang-orang terkasih. Mereka sabar menanti bantuan. Kerajaan boleh mampu bersikap lebih tenang untuk memfokus pada evakuasi, penyelamatan, dan distribusi logistik.

Bencana terbaru adalah bahaya radiasi nuklear akibat tiga ledakan dan kebakaran pada Pembangkit Elektrik Tenaga nuklear Fukushima Daiichi. Dari enam reaktor nuklear, empat di antaranya telah bermasalah. Jepun belajar dari kes Chernobyl dan membangun sistem PLTN-nya lebih baik. Kerajaan menjamin tak akan ada insiden Chernobyl di Jepun.

”Pertubuhan Bangsa-Bangsa belum mengambil langkah-langkah selama belum ada permintaan. Jepun adalah negara paling bersiap sedia di dunia (menghadapi bencana),” kata Elisabeth Byrs, jurucakap Pejabat PBB untuk Koordinasi Urusan Kemanusiaan (OCHA), kepada Reuters.

Byrs melanjutkan, ”Jepun menanggapi tiga darurat sekaligus, yakni gempa, tsunami, dan ancaman nuklear, dan melakukannya dengan sangat baik.”

Para blogger dan pengguna lamanweb jejaring sosial berbahasa Inggeris memuji Jepun sebagai bangsa yang tabah (stoic) dan bertanya-tanya tentang kemampuan bangsa lain, terutama di Barat, jika digoncang tiga bencana besar sekaligus. Mereka memuji Jepun adalah sebuah bangsa yang hebat, kuat, dan beretika.

Profesor Harvard University, Joseph Nye, mengatakan, bencana telah melahirkan Jepun sebagai bangsa soft power. Istilah itu diciptakannya untuk melukiskan Jepun mencapai tujuannya dengan tampil lebih menarik bagi bangsa lain.

Saat bencana dan tragedi kemanusiaan mengundang simpati dari dunia Jepun, gambaran negara yang tertimpa bencana jarang mendapat keuntungan dari bencana tersebut. Pakistan, misalnya, menerima bantuan AS dan negara lain saat dilanda banjir bandang tahun lalu. Namun, bantuan individu sangat sedikit, yang disebabkan gambaran negeri itu di mata dunia. China dan Haiti juga menghadapi kritik atas penanganan gempa bumi tahun 2008 dan 2009.

Menghadapi keperluan akan dana membangun semula skala besar, Jepun masih menimbang tawaran antarabangsa. ”Meski dilanda tragedi dahsyat, peristiwa menyedihkan, ada ciri-ciri yang sangat menarik dari Jepun,” kata Nye kepada AFP.

”Terlalu awal untuk meramal apakah mereka berhasil memulihkan ekonomi. Tetapi, dilihat dari jauh, rakyat Jepun memperlihatkan ketabahan saat krisis. Hal ini berbicara banyak soal Jepun di masa depan,” kata Wakil Pengarah Center for Strategic and International Studies Nicholas Szechenyi. -kompas
Wednesday, March 16, 2011 0 comments

Ikhwan Terus Berjuang Kembalikan Hak Rakyat

by: Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Ikhwan Muslimin Mesir berikrar akan terus berjuang bagi mengembalikan hak dan kebebasan seluruh rakyat negara itu yang sejak sekian lama telah dinafikan oleh rejim Mubarak.

Ikhwan turut berjanji akan memberikan pembelaan kepada semua penganut agama termasuk penganut Kristian di Mesir, di samping melindungi dan memberikan hak kepada mereka, bersesuaian dengan keadilan yang terdapat dalam Islam sendiri.

Jurucakap Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Essam El-Eryan menegaskan, partinya kini sedang mengatur persiapan bagi meghadapi pilihanraya Presiden dan telah mendaftarkan sebuah parti baru, iaitu ‘al-Hurriyat wal Adalah’ (Parti Kebebasan dan Keadilan) untuk turut terlibat secara demokratik dalam pilihanraya Mesir.

Menurut beliau, perkembangan tersebut sejajar dengan nafas dan udara kebebasan yang dapat dirasakan dengan baik di seluruh Mesir kini, setelah rakyat berjaya menumbangkan rejim Mubarak dengan revolusi rakyat 25 Februari lalu.

Katanya, kini di seluruh Mesir sudah dapat dirasakan ruang kebebasan dan rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka secara bebas dan kritis, tanpa sebarang ancaman atau ugutan untuk ditangkap oleh pihak polis.

"Suasana baru ini akan dimanfaatkan oleh Ikhwan bagi membangunkan semula negara Mesir bersesuaian dengan ciri-ciri yang lebih bersifat demokratik," katanya.

Beliau yang juga salah seorang bekas Ahli Parlimen Ikhwan menegaskan, memahami keadaan di Mesir kini, Ikhwan ingin mengajak semua lapisan masyarakat Mesir untuk bersama-sama membangunkan negara serta membebaskannya dari sebarang bentuk pemerintahan kuku besi serta elemen salah guna kuasa dan korupsi yang berleluasa selama ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjelaskan, perkara itu diberitahu sendiri secara tegas oleh Dr Essam kepadanya dalam kunjungan singkatnya ke Mesir baru-baru ini (gambar).

Dalam pertemuan di pejabat Ikhwan itu, Dr Syed Azman sempat bertukar maklumat dengan Dr Essam yang secara kebetulan baharu sahaja dibebaskan dari tahanan, setelah dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah tentera di bawah regim bekas Presiden Hosni Mubarak. 

Menurut Syed Azman, dalam pertemuan itu, beliau telah menyampaikan ucapan tahniah daripada seluruh kepimpinan, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta menegaskan sokongan penuh PAS terhadap perjuangan rakyat Mesir bagi membebaskan negara mereka dari pemerintahan kuku besi bekas Presiden Mubarak.

"Begitu juga dengan sokongan PAS kepada seluruh kepimpinan Ikhwan Muslimin Mesir yang sejak sekian lama telah diharamkan dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti politik oleh pemerintah Mubarak," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Dr. Syed Azman juga tidak lupa melahirkan rasa gembira seluruh rakyat Malaysia melihat perkembangan yang berlaku di Mesir kini, sehingga menjadi sebagai sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia bagi memperjuangkan hak dan kebebasan mereka, bersesuaian dengan ciri-ciri demokrasi yang sedang diamalkan di Malaysia. 

Kedua-dua pemimpin itu turut bersetuju agar ditingkatkan kerjasama serta hubungan politik dua hala antara PAS dan parti baru yang ditubuhkan oleh Ikhwan itu, bagi saling mempelajari pengalaman politik di negara masing-masing.

Ikhwan terus berjuang kembalikan hak rakyat
 
;